panduan cari jodoh online

Showing posts with label cari jodoh malaysia. cari pasangan. Show all posts
Showing posts with label cari jodoh malaysia. cari pasangan. Show all posts

Mencari Jodoh

Mencari jodoh merupakan usaha untuk menjumpai seseorang sebagai peneman hidup. Mencari jodoh adalah tindakan seseorang untuk mencari pasangan sama ada sebagai suami (bagi perempuan) ataupun sebagai isteri (bagi seorang lelaki). Jodoh merupakan seseorang yang mahu menerima anda lalu membuat keputusan untuk mahu menjadi pendamping anda selagi ikatan sebagai suami dan isteri masih ada.

Setiap orang yang sudah berkahwin mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka mencari jodoh. Pada zaman sekarang iaitu di mana setiap dari kita mempunyai telefon pintar serta memiliki akaun Facebook untuk berkomunikasi melalui internet, usaha mencari jodoh menjadi semakin mudah kerana hanya boleh dilakukan melalui laman sosial sahaja seperti Facebook, Instagram, WeChat dan Twitter.

Definasi Mencari Jodoh

Setiap orang mempunyai tafsiran sendiri mengenai usaha mencari jodoh. Bagi sesetengah orang, mencari jodoh merupakan usaha untuk mencari seseorang untuk dicintai dan untuk dijadikan kekasih. Pada sesetengah orang yang lain pula, mencari jodoh merupakan strategi untuk menemukan seseorang dengan seseorang yang lain yang boleh menjadi pasangan hidup orang itu, yang mana ada bertindak sebagai pencari jodoh.

Apabila disebut perkataan jodoh kita hanya membayangkan perkahwinan tapi sebaliknya definasi jodoh lebih dari itu. Jodoh merupakan seseorang yang serasi dengan kita, mencintai kita kemudian setuju untuk meneruskan hidup bersama-sama. Masing-masing saling menerima, masing-masing saling melengkapi kekurangan serta menyerasikan kelebihan masing-masing.

Suasana Usaha Mencari Jodoh Pada Masa Kini

Usaha untuk mencari jodoh pada masa kini agak berbeza dari mencari jodoh pada tahun 80-an dan 90-an. Zaman ini sudah dipanggil sebagai zaman Facebook di mana hampir setiap orang di dalam masyarakat kita memiliki akaun Facebook masing-masing serta menggunakan aplikasi sosial untuk berhubung serta bertukar-tukar maklumat.

Kebanyakan daripada kita sudah ada memiliki telefon pintar serta selalu mengakses talian internet hanya dari telefon pintar masing-masing dengan menggunakan talian 3G. Oleh kerana cara untuk  berhubung sudah berbeza maka cara untuk berkomunikasi juga berbeza, akibatnya menyebabkan usaha untuk mencari jodoh jadi berbeza.

Kini, usaha mencari jodoh sudah bertukar menjadi lebih moden. Kebanyakannya dari penggunaan media sosial. Ramai dari pengantin baharu pada hari ini menemui jodoh dari Facebook, dari Instagram juga dari WhatsApp.

Namun, ada kalanya mereka menemui jodoh dari kawan-kawan yang mengenali kenalan rapat. Ada di antara kita berjaya mencari jodoh di tempat kerja juga di tempat keramaian serta tempat-tempat tumpuan ramai seperti seminar, kafe ataupun parti.

Dalam keadaan tersebut, berkenalan di peringkat awal hanyalah untuk bersua muka kemudian perkenalan selanjutnya diteruskan dengan bertukar-tukar nombor telefon untuk bermesej dari WhatsApp atapun bertukar-tukar nama akaun laman sosial Facebook untuk saling berhubung walaupun jarang berjumpa di dunia sebenar.

Hakikatnya, usaha mencari jodoh pada masa kini menjadi amat mudah kerana kita sudah tidak perlu lagi keluar dari rumah kemudian menyertai majlis-majlis keramaian semata-mata untuk berkenalan dengan seseorang yang lain dari lawan jantina sebagai 'calon' untuk kita lamar menjadi kekasih kemudian menjadi pasangan hidup.

Kebanyakan daripada golongan ahli masyarakat pada kini lebih suka membuka internet untuk mencari maklumat juga untuk berhubung termasuklah juga untuk mencari jodoh. Ada beberapa laman mencari jodoh didirikan oleh orang perseorangan juga syarikat perniagaan digital khusus untuk membantu sesiapa jua mencari jodoh masing-masing melalui internet.

Dari pemerhatian kami, ada di antar laman-laman menjadi jodoh di ruang internet yang berjaya menjadi medium menemukan pemuda dan dara dengan jodoh masing-masing. Ada laman web mencari jodoh yang berbayar dan ada juga yang menawarkan perkhidmatan percuma sepenuhnya.

Masalah Dalam Usaha Mencari Jodoh Masa Kini

Masalah dalam usaha mencari jodoh masa kini adalah medium, iaitu saluran untuk anda menemui bakal jodoh anda serta berusaha menghubunginya. Pada masa kini, cara untuk kita berkomunikasi jadi semakin mudah kerana wujudnya pelbagai aplikasi komunikasi secara percuma menggunakan internet seperti Facebook Messenger, WhatsApp dan Twitter.

Namun, disebalik kemudahan itu wujud lagi masalah lain iaitu masalah mendapat maklum balas yang tidak responsif, kewujudan pelbagai pilihan serta penipuan identiti. Walaupun sudah terdapat pelbagai cara untuk kita menghubungi seseorang yang lain untuk menjadikan dia sebagai insan teristimewa di dalam hati, sebagai kekasih juga sebagai bakal peneman hidup yakni jodoh, namun kadangkala mesej yang dihantar tidak dibalas ataupun lamnbat dibalas.

Apabila anda menghantar mesej pada hari ini, mesej anda itu hanya akan dibalas beberapa jam kemudian ataupun beberapa jam kemudian. Apabila itu berlaku, ia merupakan petanda bahawa orang yang cuba anda hubungi tidak berminat dengan anda serta tidak menampakkan minat untuk sentiasa berhubung dengan anda. Dalam erti kata lain, dia kurang minat mahu berhubung dengan anda kerana menganggap anda tidak penting.

Itulah masalah utama yang kita terlepas pandang walaupun hari ini cara berkomunikasi sudah semakin maju, semakin canggih serta semakin mudah. Teknologi masa kini tidak menjamin orang yang anda hubungi akan membalas mesej anda serta merta.

Akibatnya, anda akan menghubungi ramai orang misalnya 20 orang tapi yang membalas mesej anda mungkin hanya seorang dua sahaja, tidak semua dari mereka memberi balasan segera kepada mesej anda. Situasi itulah yang dipanggil sebagai maklum balas tidak responsif.

Masalah seterusnya adalah kewujudan pelbagai pilihan dalam usaha mencari jodoh. Apabila mahu mencari jodoh, anda akan menghubungi beberapa orang yang anda jumpa di akaun laman sosial ataupun di dalam laman web mencari jodoh. Apabila mereka mulai memberi balasan, anda mula merasa gembira. Lama-kelamaan, anda semakin kerap berhubung dengan mereka.

Anda mungkin akan berhubung dengan lebih dari dua orang bakal 'jodoh' anda dalam proses mencari jodoh. Pada masa kini, situasi sebegini dianggap normal. Tetapi, sebaliknya, tanpa anda sedari anda akan hilang fokus kerana tidak menumpu kepada seseorang yang berpotensi menjadi jodoh anda, sebaliknya anda menumpu kepada ramai orang yang menjadi 'calon-calon' jodoh anda.

Anda akan menentukan yang mana satu sesuai menjadi bakal jodoh anda kerana anda sibuk memberi perhatian kepada ramai calon-calon, yakni lebih daripada satu calon jodoh.

Akhirnya anda sukar membuat keputusan untuk memilih mana satu anda mahu ambil sebagai jodoh anda. Proses mencari jodoh dengan cara sebegini mungkin akan jadi agak bercelaru kerana anda mempunya terlalu banyak pilihan untuk sukar untuk menentukan mana satu pilihan paling sesuai.

Ketahuilah tidak semua dari kita sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin, kelebihan lebih nampak dari kekurangan. Dalam situasi lain, mungkin juga kekurangan lebih nampak kelebihan. Dalam situasi lain lagi, mungkin kedua-duanya seimbang.

Jika anda bertanya pada orang-orang tua ataupun pasangan suami isteria yang sudah lama 'makan garam', mereka akan kata sikap menerima seadanya adalah resepi terbaik dalam aspek perhubungan. Dalam usaha mencari jodoh, anda sebenarnya sedang dalam proses untuk membina perhubungan dengan seorang lelaki (jika anda gadis) ataupun dengan seorang wanita (jika anda seorang lelaki).

Sesebuah perhubungan jika pasangan saling menerima seadanya. Namun, keadaan ini akan jadi sukar jika anda masih terus-menerus mencari, meneliti serta membanding-banding calon bakal jodoh yang anda jumpa. Pencarian anda tidak akan berakhir kerana anda masih mencari secara berterusan dan tidak mempunyai noktah dalam usaha pencarian anda.

Apabila anda mahu mencari jodoh, usah mempunyai banyak pilihan sebaliknya tetapkan calon pilihan dalam kalangan yang sedikit sahaja misalnya dua atau tiga orang supaya mudah untuk anda fokus serta mudah untuk anda membuat keputusan untuk memilih mana satu bakal menjadi jodoh tetap anda.

Copyright © Cari Jodoh. All rights reserved